Zura

Belantara ini tidaklah sepanas yang engkau sangkakan
Daerah ini masih ada cahaya
Itupun kalau engkau benar-benar mahu mencarinya
Sebuah kemurnian yang halus
Sebuah kesempurnaan yang penuh
Membuat kita menangis semalaman
"Aduh... tukang ngelamun? Apakah yang engkau telah lakukan terhadap dirimu?" Israr menyapa seraya merebahkan dirinya ke sisiku, menelentang di atas hamparan tebal berbunga. Sebuah ciuman menyinggahi pipiku.
" Mengerjakan yang baik-baik sahaja, menyanyi tentang kubur-kubur yang sunyi, tentang kuntum-kuntum kemboja yang gugur." Sahutku sambil meniarap . Mataku tertumpu ke langit yang cerah membiru menerusi jendela yang terbuka. Israr baring sambil menyelak-nyelakkan lembaran akhbar petang yang baru dibelinya. Aku berpaling, menelentang menatap siling. Desir angin dari luar membawa harum bunga-bungaan melalui jendela.
" Sejak kelmarin engkau tidak banyak bercakap Zura. Mengapa?" Tanya Israr setelah diam beberapa ketika. Matanya tidak beralih dari lembaran akhbar. Aku hanya menarik nafas panjang sebagai mengganti jawapannya. Kelmarin kami sama-sama ke lapangan terbang menghantar Paharuddin, sahabat Israr yang keluar negeri. Sewaktu hendak ke ruang tunggu, aku terserempak seorang rahib perempuan yang baru turun dari pesawat udara. Dia berjalan pantas dan tegak. Tangan kanannya menyepit Bible, manakala tangan kirinya membimbit sebuah tas. Tiba-tiba jantungku serasa terhenti berdegup. Hanya pakaian luarnya itu sahaja yang berbeza, tetapi sepasang mata biru jernih dengan sebutir tahi lalat di sudut kanan matanya membuatku tertegun sejenak. Mata itu sejuk dan tajam, cukup biasa bagiku dan yang sangat ku kenali walaupun tidak pernah lagi ku tentangi sejak tiga setengah tahun yang lampau. Mata itu hilang meninggalkan tandatanya di benakku dan penuh misteri. Tetapi rahib perempuan itu terus sahaja berjalan melaluiku, seakan-akan tidak melihatku, seolah-olah disengajakan.
" Beginikah caranya kau menghormati tetamu atau ini satu minat baru?" Soalku sebaik saja pintu dibuka. Dia tersenyum, senyum yang dirinya saja memahaminya. Tanpa seurat benang pun di tubuhnya, aku dipelawa masuk. Sehelai pijama merah tersangkut pada lengan kanannya. Sepasang sandal di kakinya. Rambut dipotong pendek ala lelaki. Mukanya tiada bersolek, sekadar bibirnya saja dimerahkan seperti selalu.
"Keindahan tidak pernah gagal menangkap perhatian mata bukan?" Katanya bersahaja, berjalan memandu ke ruang tamu.
" Aku tak pernah tahu sebenarnya kau juga mempunyai perasaan. Bila kau belajar jadi sensitif?" Aku bertanya sambil menarik kerusi. Dengan menyilangkan kakinya, dia duduk dihadapanku tanpa cuba menyarungi pijama merah yang dipegangnya itu. " Engkau akan berpakaian atau mahu terus begini?" Soalku geram.
" Apakah aku ini tak cukup menarik?" Dia menyoal tanpa menghiraukan pertanyaanku dan dengan membuat satu pose yang relaks.
" Ya rabbi apa ini, sungguh satu fikiran yang lancang jika aku mengizinkan," pekik hatiku. Sorotan matanya tajam, mencabar. " Jangan tanya pendapat moralku, Amalina. Kau pasti tidak akan menyukainya. Tapi secara peribadi dapat ku katakan sememangnya kau makhluk terindah, itupun jika kau kekal!" Jelasku, lalu berdiri.
" Mahu ke mana? Adakah kau takut ditemui dalam keadaan begini? Takut dituduh seorang homoseksual atau seorang biseksual?" Cabarnya sambil senyum mengejek.
" Tidak, aku cuma tidak mahu merendahkan martabatku sendiri, itu saja." Jelasku. Di dalam kepalaku terbayang sejarah Sodem dan Luth.
Amalina tertawa nyaring dengan sorotan mata yang semakin nakal. " Inilah satu revolusi, Zura - satu revolusi di mana kau akan kehilangan sesuatu apa pun!" Katanya, berdiri dan mengenakan pijama merahnya itu.
" Ya, memang manusia itu amat jauh lebih hebat, terutama sekali bila dirinya itu binatang!" Amalina memandangku dengan senyumannya serta-merta beku.
" Minum apa?" dia bertanya dengan pandangan yang sejuk kembali.
" Tengah-tengah hari begini, sebaiknya yang sejuk sahaja," pintaku. Dia ke kabinet minuman.
Itulah kali ketiga aku menjejakkan kaki ke villa tersebut. Suasana dan letak perabut di dalamnya tidak sedikit pun berubah sejak pertama kali aku ke situ. Dan semuanya ditutupi oleh kain hitam yang kelihatannya telah berdebu, seakan-akan jarang didiami. Dari luar, villa ini tidak dapat dilihat jelas, dilindungi pula tembok tebal setinggi lapan kaki lengkap dengan kawat keselamatan. Selain itu, terdapat pula empat ekor anjing alsatian berumur lima tahun.
" Dua hari aku mencari, ke mana kau pergi?" Soalnya mengejut sambil memasukkan beberapa ketul air batu ke bekal minumanku. Mata birunya yang sejuk itu ku tatap dalam-dalam.
" Prajudis!" Bantahnya disusuli ketawa yang kuat dan cepat pula matinya. Wajahnya kembali serius. " Kau boleh tanyakan itu pada perempuan yang melahirkan aku, itupun kalau useboleh dia dipanggil perempuan!" Katanya dalam pertemuan kami yang pertama. " Aku tak pernah ingin tahu apa namanya. Yang aku tahu sejak kecil aku memanggilnya ' jalang'!" Ucapnya lagi penuh benci. " Dia sepatutnya berunding dengan aku dahulu sebelum bekerja keras dengan jantan-jantan itu!" Tambahnya, tiba-tiba meledak ketawa, kuat dan kosong. Meremang roma-romaku -darahku terasa meresap ke muka.
" Kau tahu aku selalu bercita-cita untuk lahir dalam keadaan yang paling ganjil dan istimewa bukan sekadar dengan mata yang biru!" Tambahnya dengan mata dan roman yang bengis.
"Tahniah!" Ucapku. " Atas ucapan itu sepatutnya- kau diberi anugerah tertinggi negara. Dan nama kau patut pula dicatat dengan tinta emas dalam buku-buku sejarah!" Tambahku, dengan perkataan mual. Aku yakin seluruh rambut ibuku akan menjadi putih jika dia mendengar ucapan sedemikian. Dan keluargaku pasti diserang histeria jika mereka menemuiku bersama-sama manusia seperti ini.

"Inilah satu daripada permainan-permainan lucu Tuhanmu Zura," ujarnya menyentakku.
"Hairan?" tegur Amalina tiba-tiba, mengejutkan aku. Matanya mengenai pandanganku yang terpaku pada sebuah khat yang indah berukir perkataan Allah sejak tadi.
" Tidak, cuma aku merasakan syaitan itu lebih layak mendapat penghormatan serupa itu di rumah ini!" Ujarku jengkel.
" Ah! Ini tak seberapa. Lihat sajalah nanti apa yang boleh aku perbuat!" Ujarnya dalam roman seorang iblis. " Bagaimana sekarang?" Soalnya lagi, kembali serius.
" Bagaimana apa?" Sahutku. " Aku tidak pandai menelah apa yang tersirat dalam kepalamu itu. Sebaiknya kau sajalah yang memberitahu aku!" Sambungku pura-pura tidak faham.
" Aku tak ada masa untuk bermain sembunyi-sembunyi Zura. Banyak perkara yang belum kau jelaskan!" Ujarnya , mengangkat gelas minumannya yang belum lagi terusik.
Dia adalah manusia yang dapat bersahabat tanpa mempercayai sesiapa untuk bila-bila masa pun. Aku tahu dia tidak akan berlaku ikhlas juga kepada sesiapa pun, namun aku masih tetap mengkagumi kepintarannya yang boleh bercakap mengenai semua perkara.
" Sudah aku katakan padamu dahulu lagi Amalina, kau boleh memberikan aku kapak dan tali sahaja, tapi bukan mempersoalkannya!" Mataku memandangnya tepat. Dia membalas pandanganku dengan senyuman yang menyenda.
" Kebiasaannya orang tak tahu api itu panas Zura, sebelum ada yang terbakar olehnya!" Balasnya, dan gelas minumannya sengaja diangkat tinggi ke paras muka.
" Aku juga tak nampak sebabnya Amalina, mengapa aku perlu bimbang akan basah bila sudah berada di dalam air! Tentu ganjilkan kalau orang yang berada di tengah lautan tak melihat air?" Ujarku. Amalina memandangku dengan kerutan kedua keningnya. Anak matanya terasa kurang senang. Dan di dalam mataku sendiri berdiri Barsisa, manusia yang pernah dikagumi mereka yang di langit dan bumi. Amalina membuka sebuah selapah perak berisi rokok lalu mengunjukkannya kepadaku. Aku menggeleng. Dia mencabutnya sebatang, mengetuk-ngetukkannya sebentar sebelum memasang apinya.
" Bagaimana kau melakukannya Zura?" Soalnya sebaik-baik api rokoknya menyala dan kepulan asap nipis terhembus perlahan dari bibirnya. Matanya tajam menikam anak mataku.
" Aku belajar dari kucing hutan yang memerangkap mangsanya!" Ujarku, tersenyum ke arahnya. Dia memandangku sebentar kemudian tunduk menjentik abu rokoknya. Di telingaku terngiang-ngiang pesanna Pak Tua : " Dia seorang yang mahir di dalam kejiwaan, nak. Jadi jangan sekali-kali dibiarkan mata dan roman muka kau mengkhianati perasaanmu yang sebenar di hadapannya. Apalagi membiarkannya mengesan perasaan takutmu. Dan jangan dihadapi dia dengan otak yang panas dan nafsu yang meluap. Bila dia menegang, kau hendaklah mengendur. Begitu jugalah sebaliknya atau kau akan dibinasakan."

" Jangan cuba berlagak terlalu bijak, Zura. Biasanya orang yang melompat di dalam gelap tak tahu ke mana kakinya akan mendarat!" Katanya, menyedut rokoknya perlahan-lahan. Hampir serentak aku teringatkan peristiwa dalam pilihanraya yang baru lalu, akan kelicikkan mereka membawa masuk orang-orang luar.
" Seharusnya segera kau menentukan kedudukanmu dengan jelas," ujarnya, tenang.
" Itu telah kujelaskan dari dulu, Amalina. Aku masih tak nampak di mana baiknya mendirikan tempat kediaman dipinggir rumah yang sedang runtuh!" Tegasku. Matanya yang sejak tadi merenungku terasa begitu sejuk. Dan aku tidak lagi terbayangkan sebarang perasaan pada matanya yang biru jernih itu. Rokoknya tersepit di celah jari kanannya, sementara abunya jatuh di atas permaidani tanpa dihiraukan.
" Dan aku harap kau juga tak lupa bahawa menangkap puyuh sambil rebah dan menangkap burung terbang sambil berlari adalah permainan biasa bagi kami!" Ujarnya, suaranya tertekan-tekan seolahnya lahir dari amarah yang terpendam. Matanya merenung jauh ke bekas minuman di tangan kirinya.
" Dan teman kau Sarah itu seorang Tionghua, bukan?" Melompat lagi pertanyaannya. Aku menjadi kurang enak. Aku melihat wajah Amalina tidak seserius tadi, tidak sesejuk tadi, kelihatan benar dia cuba menyembunyikan senyumannya.
" Dia seorang sahabat," aku membela.
" Seorang Tionghua?"
" Dia memeliharaku dalam pergaulannya!"
" Kau tak menjawab pertanyaanku!" Katanya, matanya menikam, menggerunkan.
" Aku tak suka menjawab soalan!" Balasku seperti orang yang terdakwa. Mahkamah pun tidak pernah membuatku merasa demikian. Amalina bangkit menambah minumannya, tapi sebelum beredar aku masih sempat melihat sebuah senyuman puas terukir di sudut bibirnya. Aku bangkit perlahan-lahan menghampiri jendela. Langit redup, hembusan angin mengusap wajahku. Dari sebelah kiri villa kedengaran kicauan burung. Perasaanku lega semula.
" Kau banyak berubah sekarang," ujar abang, duduk di tepi tempat tidurku.
" Saya tidak pernah berubah, bang. Cuma abang saja yang tidak mengenali saya, saya & kenal betapa dahsyat saya!" Balasku, tanpa bergerak dari kanvas lukisanku.
Aku yakin ada sebabnya yang besar yang membawanya ke kamarku. Dalam kehidupan harian kami, aku memang jarang menemuinya. Dia anggota terkanan dalam jemaah tabligh dan sering keluar negeri mewujudkan esprit de corps.di kalangan anggota-anggota masyarakat kiblat teristimewa dan di kalangan pertubuhan-pertubuhan pelajar. Satu-satunya yang tidak kusenangi dia sebagai seorang saudara tua ialah kata-katanya bererti undang-undang.
" Aku tak mahu mencampuri urusan peribadi kau, Zura, tapi bila telah menyinggung kehormatan keluarga ia jadi tanggungjawab bersama!" Ujarnya, dan aku mula memahaminya.
" Bagaimana itu?" Soalku kembali, masih terus juga melukis seekor helang hijau di permukaan lautan api yang menggelojak-gelojak.
" Ini bukan masanya berteka-teki, Zura," Katanya seperti pendakwa di mahkamah.
" Kedengarannya seperti aku telah melakukan satu pembunuhan," ujarku tanpa menoleh ke arahnya.
" Kau perbuat lebih dari itu, Zura. Kau tak bertanggungjawab. Apakah kau mahu keluarga ini berpecah-belah di merata penjuru alam?" Dia bertanya. Telingaku berdesing. Aku terhenti, menoleh ke arahnya, di kananku.

" Saya bukan penjenayah dan bukan pernzina," tegasku dengan suara terketar-ketar.
" Jadi apa maksud kau ke banglo kuning itu?" Suaranya tinggi sedikit, membuatku merasa seperti berada di mahkamah. " Kau diberi pelajaran yang cukup Zura, kau dididik dengan baik ..."
" Tapi praktiknya tidak cocok dengan teorinya!" Aku memotong cepat. " Lalu manusia sekeliling terpaksa gigit jari kerana hujan yang turun dari langit airnya keruh! Begitu?" Sambungku hangat sedikit. Aku meneruskan kerjaku - berus yang kupegang terasa begiru berat.
" Apa yang kami mahukan ialah penjelasan darimu Zura. Apa yang sebenarnya kau mahukan dari perbuatan kau itu? Apakah kau hanya mahu menggoda kemarahan kami? Ataupun kau cuma ingin menguji kebijaksanaanmu yang tidak bijak itu? Atau & atau barangkali kau mahu menunjukkan betapa tingginya egomu?" Soal abang bertalu-talu. Mukanya sedikit merah. Tapi aku mengenali abang, dia tidak akan memalukan rasa keagamaannya sendiri dengan pengakuan yang tidak-tidak. Dan aku yakin keterusterangan yang melampau itu akan menyinggung rasa kelelakiannya. Aku pasti itu. Tiba-tiba aku tidak dapat menahan diri - ketawaku pecah. Aku lantas duduk di kaki lukisanku. Abang kelihatan marah.
" Ini bukannya satu jenaka, Zura!" Suaranya sedikit meninggi.
" Maafkan saya. Tapi mengapa abang memandang saya begitu? Macamkan abang berkira-kira melontarkan saya ke singa yang lapar," kataku ketawa. Abang seakan-akan ingin tersenyum. Tapi ditahannya. " Ah! Untuk apa abang begitu cemas? Bagi saya kalau dunia memandang saya jahat, saya akan cepat merangkumi setiap kebaikkan-kebaikkan saya," ujarku, bangkit meneruskan tulisanku. Wajah abang merah kembali - jelas kerana kulitnya cerah.
" Apakah kau tak pernah dapat belajar bertanggungjawab, Zura! Perbuatan kau itu memalukan kami. Kau terlalu banyak menyakitkan hati emak dan ayah. Mengapa?" Hujung perkataanya itu menyentuh hatiku. Aku berpaling menghadapinya.
" Barangkali saya tidaklah sebaik abang, seorang yang boleh dipanggil anak kesopannan. Apa yang saya lakukan hanyalah salah satu daripada kegila-gilaan saya tapi saya masih lagi mempunyai harga diri!" Perkataan emak itu terasa menoreh hatiku.
Memang hubunganku dengan emak tidak begitu mesra, entah mengapa. Lisannya sering menyayatkan hatiku. Sebagai ibu dia mempunyai kedudukan di tempat kedua setelah zat Allah. Sebisa-bisa gigitan ular tidak akan menyamai bisanya perbuatan anak yang tidak mengenang budi.
Ah, bila mengenangkan ini kerongkongku terasa perih dan sakit. Alangkah tidak adilnya hubungan ini! Pengetahuan membuat perasaan dan fikiranku terdera, kejahilan tidaklah membuat aku begini azab.
" Tapi aku masih yakin kau adalah anak yang tahu membalas jasa," kata abang tersenyum sedikit.
" Oh, tentu sekali! Dan abang patut mengucapkan setinggi terima kasih kepada emak kerana telah menjadikanku sebagaimana diriku sekarang," ujarku jengkel. " Dan masalahnya lagi, abang terlalu suka memberatkan soal-soal yang titik-bengik, soal-soal yang remeh-temeh, lama-lama separuh dari hidup abang akan bersama doctor jiwa, kalaupun tidak lekas mati!" Sambungku hangat. Dan aku tidak nampak sebabnya yang boleh kami bersengit hati.
" Aku juga ingin tahu apakah pemergian kau ke banglo kuning itu suatu perkara yang remeh, suatu soal yang ringan. Cuba jawab?" Soal abang berpeluk tubuh.
Aku faham apa yang abang maksudkan. Dia mungkin kenal pemilik banglo itu. Abang tidak akan faham kalau kukatakan perempuan itu bergelar 'maharani' dan maharani itu pula ada hubungannya dengan Amalina. Sebagaimana kata Pak Tua sedikit pun kita tidak boleh lalai terhadap tanda-tanda luar biasa. Kalau ia boleh mencarik-carikkan tanahair, kita harus cepat mengesannya, malah mengatasinya, tidak kira di mana dan siapa kita. Aku juga ingin memenangi permainan ini.
" Antara dia dan laku perangainya bukan urusan kita, bang. Dan dia tidak akan membebankan sesiapa tanpa berimannya ia," jawabku.
" Kita juga bukan memperkatakan tentang dosa pahala, siapa salah siapa benar, Zura. Kita memperkatakan soal kehormatan keluarga. Apakah kau mahu kita sentiasa jadi beberan mulut orang?" Suaranya meninggi. Dahinya berpeluh dan dia berdiri berhampiran benar dengan lukisanku. Aku berpaling padanya.
" Saya tak nampak mesti dipedulikan anjing-anjing yang menyalak. Sama ada abang layan atau tidak, ia akan tetap menjulurkan lidahnya!"
" Jadi kau sifatkan mereka itu cuma sekawan binatang yang sedang mengadakan pertunjukkan mimik muka, begitu?" Mukanya merah lagi. Aku sedar yang kami memang berpisah daerah. Orang yang berlainan jalan tidak akan pernah dapat berjabat tangan, walaupun berdiri di bumi yang sama.
" Mengapa tak dibiarkan saja mereka dalam perasaan marah dan hasad dengki? Itukan lebih baik untuk kita semua?" Balasku.
" Hmm ... " Satu deheman mengejutkan aku dari fikiran yang menjauh sebentar. Amalina telah duduk semula di tempatnya dan aku membiarkan saja dia sendirian. Bunga-bunga di luar jendela kelihatan melentok di tengah panas. Kicauan burung-burung tidak kedengaran lagi.
" Pertemuan ini tak sepatutnya disempitkan oleh ucapan-ucapan yang tajam, Zura," ujar Amalina satu persatu dari tempat duduknya. " Kita tak bertemu untuk saling menyakitkan hati. Masalahnya bagi kita sekarang berada dalam keadaan terlibat dengan fahaman dan peganganmu itu. Mengapa tak kau bertolak ansur saja?" Ujarnya, membuatku berpaling menghadap kepadanya. Dia memasang sebatang rokok lagi.
" Tidak ada tawar-menawar dalam keyakinan, Amalina." Jawabku, lalu duduk semula. Amalina memandangku saja dengan pandangan yang kosong, seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu. Asap nipis dihembusnya keluar melalui bibir dan hidungnya. Tiba-tiba dia bangkit menuju ke kabinet minuman. Ditariknya keluar segulung kertas dari sebelah bawahnya. Kelihatannya seperti peta. Peta itu dihamparkannya di hadapanku. Tiga malam yang lalu aku sempat melihatnya menghulurkan satu envelop kepada dua orang lelaki yang tidak dikenali. Ketika itu aku sedang hendak beredar pulang dari Hotel Purnama kerana meraikan harijadi seorang rakan Pak Tua bersama Sarah.
" Hey kenapa?" Sarah menyikuku.
" Tidak ada apa-apa." Kataku, masuk ke keretanya.
" Aku tak suka rakan baru kau itu." Beritahu Sarah sambil memandu.
" Siapa? Wali dari neraka itu?" Soalku kembali.
" Kau ini mengerikan!" Singkap Sarah.
" Tidak, aku cuma seseorang yang tepat ketika menamakan sesuatu," jelasku.
" Tapi tidaklah baik memanggil orang begitu,"
" Mengapa tidak? Dia dapat berada di dalam rumah ibadat sama seperti berada di dalam majlis syaitan," jawabku. Aku yakin jantungnya pasti meletus kalau aku terangkan siapa Amalina itu : manusia yang menolak keperluan terhadap rumah-rumah ibadat dan menggesa digantikan dengan sekolah-sekolah dan kelab-kelab. Agama adalah suatu yang tidak ilmiah baginya. Dia mentertawakan kaum-kaum borjuis dan agama. Ditakdirkannya dia mengajarkan bahawa yang akan menyeru mereka dari menara bukanlah muazzin, tetapi cita-cita kesejahteraan sejagat. Kini dia sedang berusaha ke arah penghapusan seluruh keluarga. Ibu bapa tidak harus mengenal anak-anaknya dan anak-anak tidak harus mengenal siapa ibu bapanya ). Dia dapat mempermainkan lawannya seperti anak-anak kecil mempermainkan bola...
" Public akan pengsan mendengarkan itu," Kata Sarah lagi. Matanya tidak beralih dari memeandang ke hadapan. Dia memang seorang pemandu yang cermat dan cekap. " Aku fikir perempuan itu tidak baik dibuat sebagai sahabat. Matanya saja sudah memperlihatkan kejalangan dan keganasan, malah senyumnya pun sudah membuat kita takut. Pada pendapatku eloklah kau jangan berkawan sangat dengannya," ujar Sarah serius.
" Barangkali di matanya ada tertulis dosa-dosa. Barangkali suaranya ada membawa pesanan maut, tapi sejak bila pula aku tak boleh lagi membuat keputusan sendiri?" Kataku. Sarah menoleh seketika.
" Jangan campakkan diri kau dalam kebinasaan, Zura. Aku tak suka melihat kau rosak. Berat hatiku menyatakan kawan baru kau itu bukan saja akan menarik kau cuba-cuba bermain lumpur, malah akan memasukkan kau juga ke dalamnya. Kalau kau tak pandai jaga, ia akan membunuhmu," jelasnya dengan nada yang sungguh serius.
" Bravo! Suatu kenyataan terbaik aku kira puan doktor. Tapi kejahatan perlu sekali kau kienali atau kau juga akan masuk ke dalamnya!"
" Ideanya aku terima, tapi tidak caranya!"
Ah! Kau tak kenal siapa Amalina itu, bisik hati kecilku. Sebenarnya, aku telah mengenalinya cukup lama, tidak seperti yang disangkakan Sarah. Di dalam mata yang sejuk itu sentiasa dapat kulihat api yang menyala. Dapat membuat orang baik-baik menjadi bingung dan moral jatuh berkeping-keping. Bagiku dia adalah badai, jika dia tidak menciptanya dia akan menyebabkannya seperti debunga yang menarik lebah-lebah. Tidak ada perbezaan baginya antara bunga dan padi, antara suasana senja dan sepucuk revolver.
" Kau tahu, Zura, sukar hendak diterima bila kau mengambil orang-orang seperti itu menjadi kawan-kawan, manusia-manusia yang tidak boleh diharapkan dapat menguasai diri dari dari melakukan sesuatu yang kurang ajar seperti barbarian," Ujar Sarah menyengat telingaku.
" Alangkah indahnya pandangan kau terhadapku, Sarah. Baik sekali, terima kasih banyak."
" Ini bukan suatu insinuasi, Zura, tapi yang sebenarnya! Sepatutnya kau menjauhinya seperti menjauhi penyakit yang mudah merembat satu badan."
" Lantas kalau begitu selamatkanlah dirimu segera. Jika suatu waktu engkau terdesak, di mana lehermu lebih utama diselamatkan dan untuk menyelamatkannya, aku izinkan kau mencemarkan namaku atau mengorbankan nyawaku. Lakukanlah," ujarku dengan suara sedikit bergetar. Barangkali sudah sampai masanya aku tidak lagi melibatkan emosi yang kuat dengan sesiapapun.

Serta merta Sarah menoleh kepadaku dengan wajah tidak percaya atas apa yang baru didengarnya sebentar tadi. Dalam matanya menyala sesalan yang tajam. " Kau tahu Zura, jika kau hadapkan perkataan itu kepada orang lain, aku pasti dijadikannya alasan untuk membalas dendam dan benci." Wajah Sarah kulihat muram dalam kemesraan yang putus asa.
" Apa kesimpulan kau sekarang?" Pertanyaan Amalina mendadak dan memeranjat aku. Wajah Sarah luput dari fikiranku.
" Kau terlalu banyak bermimpi," komen Amalina tajam.
Aku diam, memang ada benar kata-katanya itu. Barangkali aku terlalu memikirkan tentang keselamatan bumi ini. Ku teliti rapi peta yang terbentang di hadapanku. Di barat utaranya penuh warna-warna hitam; begitu juga jauh ke timur buminya. Warna-warna merah dan coklat terdapat di bahagian tengahnya. Dan disekitarnya bertompok-tompok pula warna kuning.
" Apa fikiran kau?" Amalina mengulangi dengan pandangan curiga.
" Ya, kesimpulan yang kudapat orang-orang bodoh berguna itu tak akan panjang umurnya," jawabku spontan.
" Jadi kau enggan menolong orang-orangmu sendiri? Soalnya sinis.
Beberapa faktor luar dan dalam telah mengurangi kami perlahan-lahan; identiti kami juga terkikis sedikit demi sedikit setiap hari. Terlalu mudah sekarang orang-orangku bercempara hanya kerana soal ideologi, tidak pernah dapat bersatu walaupun dalam perkara paling kecil seperti tertangkapnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang-orangku mula berpecah hanya kerana mempertahankan seorang individu dan bukannya sebuah bangsa dan negara yang merdeka. Begitu juga mereka yang terlalu fanatik menubuhkan kerajaan Islam yang kabur akan perjuangannya. Keadilan dan kepercayaan kami selalu dipersoalkan. Keupayaan kami pula disangsikan. Kami seolah-olah diletakkan sebagai satu komponen kecil, hanya satu kaum, bukannya suatu bangsa yang mampu menjadi teras pembinaan bangsa, menjadi wadah masyarakat! Rasa ngeri tiba-tiba menyelubungiku. Tubuhku terasa seram sejuk dan sedikit mengigil. Ah! Bagaimana kalau-kalau suatu waktu kami pula menerima nasib seperti orang-orang Palestin yang tak bernegeri dan merempat? Atau seperti untung nasib manusia-manusia Red Indian di Amerika? Peluh dingin terasa mengalir ke seluruh tubuhku.
" Sakit juga mengenangkannya bukan? Juga hati tentunya," ujar Amalina seolah-olah dapat meneka apa yang tersirat di dalam benakku, " kita di sini bukannya hendak mempersoalkan bagaimana mengintip atau menangkap penzina-penzina, Zura. Kita juga tak ada masa untuk si tak mengapalah atau si besoklah. Jika ini berterusan, esok hari kau hanya boleh ditemui dalam buku-buku sejarah atau nasib baik kau mungkin jadi barang-barang antik di muzium. Sekarang pun sudah kulihat kamu hidup serupa tikus dan lipas, malah ada yang telah jadi macam cacing! Apakah kau semua sedang menanti-nanti suatu kuasa magik yang akan memulihkan semua itu?" Dia bertanya lagi dengan wajah merendahkan, mengigit perasaanku.
" Walau betapa benarpun perkataan kau, Amalina. Itu tak memberumu hak untuk menghina kami! Lagipun siapa kau yang berhak berkata begitu?" Ujarku tegang.
Amalina memandangku sejuk sekali. Wajahnya kembali serius.
" Kamu semua memang tak pernah mengambil tauladan dari kitab Sejarah Melayu mu sendiri! Apa kau ingat tentang Tun Mutahir dalam sejarah melayu Melaka dulu?" Soalnya. " Ya, dia adalah bendahara Melaka yang terakhir," jawabnya sendiri. " Ketika Melaka berada di saat genting kedatangan Portugis, orang-orang Melayu telah tiba-tiba membangkitkan soal asal-usul keturunannya. Dan akhirnya beliau tersingkir, tapi orang-orang Melayu telah tetap juga berpecah-belah. Kesudahannya mereka gagal menentang Portugis, lalu tergadailah maruah negeri,"katanya dengan pandangan menghina yang tak tertanggung.
Dadaku terasa bagaikan pecah. Di telingaku terngiang-ngiang suara Pak Tua : " Bumi ini adalah lambang kami anakku, lambang perjuangan kami, kerananya telah tumpah darah yang serupa dengan yang mengalir dalam tubuhmu. Jika engkau mengasihi kami urusilah dan belailah ia dengan segala kemampuan dan keupayaan yang ada padamu. Selamatkanlah ia dengan setiap titis darah yang mengalir dalam tubuhmu. Wariskanlah keturunanmu dengan amanat ini dan aku tidak meminta kau berjanji, nak, kerana aku yakin kau tahu akan kewajipanmu sebagai anak melayu yang mukmin! Orang yang seperti aku punya sedikit waktu saja lagi, sedangkan yang sedikit itu entah banyak mana yang tinggal. Jadi, pasang-pasangkanlah pelita sebelum datang senja, ganti-gantikanlah tunas-tunas itu sebelum ia patah. Ingatlah, nak, kalau kau menjadikan dirimu tulang-tulang, maka anjing-anjinglah yang akan memakannya. Dan kalau kau memperlakukan dirimu seperti keldai, jangan pula kau berkecil hati bila orang lain menunggangmu. Sekali-kali janganlah kau dibiarkan hasil tindakanmu yang menjadi pendorang tindakan-tindakan kerana engkau hanya berhak kepada tindakan-tindakan itu saja," pesan Pak Tua.

Mata Amalina tidak berkisar kepadaku seperti sedang mencari sesuatu.
" Kasihan belas hanya membuat perjuangan jadi sia-sia, Zura" katanya lagi. " Ia membuat kita lemah dan akhirnya mengorbankan diri sendiri, dimana anak cucu kita akan menghina dan menyesali kita di belakang hari kelak," tegasnya lagi. Dia terus bercakap, sementara aku mendiamkan diri saja.
" Tidak ramai di antara kita yang berbakat dan berkebolehan, tapi kebolehan saja tidak cukup kerana kita memerlukan kuasa, kedudukan dan pengaruh untuk berjaya dalam mewujudkan cita-cita idealisme kebenaran sejagat."
" Dari sini barulah kita dapat melahirkan manusia-manusia baru yang bermutu dan bermatlamat," tambahnya, dengan mata yang bersinar-sinar. Tetapi aku tidak fikir akan dapat menyetujui jalan fikiran ke kesimpulan sedemikian.
Aku tidak dapat menggambarkan bagaimana bumi indah dan manis ini akan hidup dalam keadaan saling mencurigai. Di sana sini berkeliaran wajah-wajah yang mata dan bibirnya sudah melupai senyuman. Aku juga tidak dapat membayangkan bagaimana manusia-manusia sakit, cacat dan tua dianggap sebagai benda-benda terbuang, tidak berguna yang akan dihapuskan oleh lembaga-lembaga dan badan-badan penindas khusus yang menentukan siapa layak dan yang tidak layak untuk hidup!
" Jadi, selepas itu, bolehlah kalian menjadi diktator memperlakukan kami sebagai kambing dan mengambil tempat diktator yang akan menjadi para-para malaikat maut yang akan menghantar kami ke rumah-rumah penyembelihan," ujarku dengan darah yang mula menyirap.
" Itulah kelemahan kau, Zura, kau suka melibatkan emosi dalam urusan-urusan yang penting," katanya, terang. Dudukannya begitu bersahaja, dengan rokok tersepit di jari. Wajahnya seperti mengejek.
" Oh ya! Tapi bagaimana pula dengan seorang optumis seperti kau Amalina? Manusia yang mencari-cari bagi menemukan prinsip-prinsip keserasian sesama kita hanya untuk pergantungan hidup yang lebih tinggi dari saling bekerjasama tapi tak sanggup bercerai dan meninggalkan monopoli-monopoli di tangannya. Kau cuma menyembunyikan egomu yang sebenar di sebalik kedok nasionalisme, pura-pura sangat patriotisme dan berdada lapang! Tapi kau pesongkan kebenaran dengan helah-helah yang tak jujur dan fikiran-fikiranmu yang bengkok!" Amalina mendengarkan saja ucapanku itu dengan senyuman yang mencabar kesabaranku.
" Perkataan tiada hubungannya dengan perbuatan, Zura. Perkataan adalah suatu hal, sementara perbuatan adalah suatu hal yang lain pula," bantahnya tenang. Matanya bersinar seperti seorang perwira yang menang perang. Jarinya menjentik abu rokok dengan sedikit kasar.
" Revolusi belum selesai lagi, Zura," jelasnya tenang. " Dan hanya kami yang dapat ciptakan perdamaian... perdamaian akan tercapai bila kaum proleter menang, menang atas dasar seorang untuk semua dan semua untuk seorang. Kalau kau memang seorang pemberani, hendaklah kau perjelas dirimu sekarang dan sertai kami bertindak terhadap mereka yang menentang pemuda-pemuda yang merebutkan sekeping roti." Katanya dengan pandangan berapi. " Kita tak boleh menanti saja semua itu berlaku. Kita mesti melakukannya! Di sini tak ada ikatan kuat di mana kami tak boleh memutuskannya." Tambahnya penuh angkuh.
" Lantas kemudian cucu cicit kita akan membaca suatu sejarah yang tertulis dengan air mata... sejarah yang akan dipandangnya dengan esak tangis, sejarah yang akan dibacanya dengan jiwa yang menjerit-jerit! Begitu maksudmu?" Kataku pantas.
" Sentimen tak pernah mengenal kawan, Amalina, apalagi cauvanisme. Apakah kau pernah belajar bagaimana tindakan-tindakan tanpa kawalan itu pernah dijawab oleh peristiwa 13 Mei?" Sambungku dengan perasaan yang tergores.
" Dengan ucapan itu kau hanya akan memperlemahkan mereka dan menjadikan pengecut! Kau tahu, Zura, bangsa yang berani lebih banyak bersabar menahan kelaparan daripada bersabar menanggung penghinaan! Dan harus juga diingat, orang-orang yang mempunyai saja dapat memberi." Balasnya sinis.
" Tapi aku tak dapat menganggap keganasan itu suatu yang ideal, Amalina. Bila keadaan berpunca dari keganasan tak semestinya ia diubati dengan keganasan juga, sebagaimana tak bijaknya mengajar si kurang ajar dengan berkurang ajar pula. Seharusnya juga kau dapat mengerti itu, Amalina. Bersikap dahsyat terhadap perkara yang dahsyat, akan lebih dahsyatlah bencananya!"
" Apakah kau lupa peristiwa demam 87 dahulu atau kau buat-buat lupa?" Soalnya mengejut. " Jika tak silapku peristiwa itu telah mengorbankan kerjaya politik bapamu and ibumu telah kembali ke agama asalnya. Bukan begitu?" Anak matanya bersinar-sinar memandangku. Aku diam sejenak. " Dan kau tentu masih ingat kisah Maharani beberapa tahun yang lalu, kisah yang aku kira, mencemari namamu di sana sini. Ah, aku tak fikir kau seorang yang begitu pelupa," ujarnya dengan mimik muka yang mengejek. " Tidakkah kau ingin menagih sesuatu?" Katanya menggoda.
" Kau memang bijak mempermainkan perasaan dan kelemahan orang lain Amalina. Dan kau bijak mengusuli, tapi sayang, semua itu tak pernah dapat mematahkan hatiku," jawabku, merenungi mata birunya yang sejuk itu.
" Kau tahu, Amalina, dalam hidup ini selalu benar ditemui dan didengari hal-hal yang menggegarkan sehingga akan tiba waktunya hal-hal sedemikian tak akan upaya lagi menggegarkan kita!"
" Kau juga patut melihat apa yang kami boleh buat, Zura. Tak ada pengelat-pengelat yang akan lepas dari perasaan aman," ujarnya tersenyum, suatu senyuman dipenuhi dendam bermusuhan.
" Zura, Zura!" Suatu goncangan keras membangunkan aku.
" Oh! Maafkan saya," kataku tergagap.
" Apa kata awak tadi?" Israr hanya memandang lama tanpa menjawab pertanyaanku.
" Apa dia, Zura?" Soalnya setelah terdiam sejenak. Tangannya diletakkan atas lenganku yang terlipat di atas perut. Dia sendiri duduk separuh berbaring disampingku, bertongkatkan tangan kiri. Pertanyaannya menyebabkan aku serba salah. Malah ertinya jiwa-jiwa yang akan terkorban dari mereka yang dikasihi, dari jiwa-jiwa yang setia dan berkebolehan.
" Tak ada apa. Cuma mimpi di siang hari saja." Jawabku cuba tersenyum
" Masihkah ada rahsia di antara kita?" Ujarnya.
Aku tidak tahu patut menjawab apa. Wajah itu kusoroti perlahan-lahan. Perasaanku terganggu sedikit oleh kehampirannya, oleh harum-haruman di tubuhnya. Bekas yang kebiru-biruan meliputi pelipisnya sehingga ke pipi dan hampir bertaut pula dengan bekas tapak janggut yang turut bercukur rapi. Bibirnya nipis kemerah-merahan. Akhirnya, kutatap matanya dalam-dalam, mata yang menakluk dan enggan tunduk. Jauh di sudut hatiku terdengar suatu musik indah. Kepadanya dulu pernah kukatakan : " Kau hanya menempah kesusahan dan malapetaka. Kau tak akan tahan dengan tabiat burukku. Akhirnya kau akan menyesali dirimu sepanjang hayat kau nanti." Tapi waktu itu dia hanya menjawab dengan sebuah senyuman.
" Apakah mimpi siang hari saja sampai membuatmu berpeluh dan mengeluh tadi?" Soalnya lagi enggan menerima jawapanku. Kepalaku mencari-cari alasan yang lebih munasabah.
" Tadi saya hanya memikirkan tentang anak kita Daniel," jawabku.
" Mengapa dia?" Dia bertanya lagi, memandang curiga.
" Dia akan bersekolah tahun depan ni " fikiranku masih berselirat. " Jadi saya sangsi apakah dia mampu dan dapat mewarisi pusaka bangsanya yang kaya, murni dan tinggi nilainya itu!" Ucapku.
" Itu bukan perkara yang terlalu besar untuk dirunsingkan," ujar Israr seakan-akan kurang berpuas hati dengan jawapan tersebut.
" Anak itu adalah hatiku, Israr, cita-citaku. Aku ingin dia menjadi seorang mukmin yang kuat. Aku ingin dia menjadi muqarrabin yang lidahnya dapat menukar pemuda-pemuda menjadi singa-singa jihad yang dari setiap langkahnya nanti lahir pula para-para shuhada seperti merecupnya cendawan pada musim hujan," jelasku bersungguh-sungguh.
Israr tersenyum sedikit.
" Masih juga tak sedia memberitahunya?" ulangnya, membuatku merasa seperti sedang duduk di atas bara api.
" Ibu! ibu!" suatu jeritan memecah. Pintu kamar berdentum ditolak. Aku dan Israr tersentak duduk. Daniel berdiri di muka kamar yang terdedah. Dia terlanjang bulat, masih menitis-nitiskan air bekas mandinya. Di tangannya yang kanan terpegang sehelai bendera kecil Malaysia. Israr memandangku dengan ketawa yang cuba ditahan-tahannya.
" Astaghfirullah mengapa ni, Daniel?" Aku memarahinya, baru tersedar. Daniel memandangku dengan mata hitam bulat. Mulut kecilnya mengukir senyuman. Adikku, Aida, sudah tercegat di belakangnya, tersenyum juga, di lengannya tersangkut tuala mandi.
" Anak baik tak boleh buat begini, tau?" Kataku, memegang bahunya, sambil melutut. " Lain kali mesti berpakaian dulu kemudian baru boleh jumpa ibu, faham?"
Daniel menganggukkan kepalanya yang comel.
" Daniel nak tunjukkan ibu bendera ini," katanya pelat, mengunjukkan bendera. "Auntie yang belikan," sambungnya girang.
"Baiklah, ibu dah lihat, jadi sekarang Daniel mesti pergi ikut auntie berpakaian dulu. Lepas tu kita boleh cacakkan bendera ini sama-sama ya?"
Daniel mengangguk lagi dengan wajah yang berseri-seri. Matanya bersinar-sinar, memandangku.
" Nak cacakkan kat mana, ibu?" Soalnya pelat, menatap wajahku.
" Di puncak Al Aqsa!" Jawabku pendek. " Ayuh berpakaian dulu," perintahku, sambil menepuk punggung kecilnya.
" Allahuakhbar!" jeritnya girang dan berlari keluar diekori adikku.
Israr tidak terdaya menahan ketawanya lagi.
" Kau melayannya seperti seorang dewasa, Zura." Ujarnya masih terus ketawa.
" Ya " sahutku. " Dia keberanian yang akan mencakar wajah syaitan!" Sambungku perlahan.

Comments